Amaran banjir buruk di Pantai Timur

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

Amaran banjir buruk di Pantai Timur

Post  itor on Mon 01 Dec 2008, 10:52 am

Amaran banjir buruk di Pantai Timur
oleh Yusri Sahat, Arshad Khan, Zuhayati Yazid dan Rohana Mohd. Nawi

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Keadaan banjir di Pantai Timur terutama di Kelantan dan Terengganu berkemungkinan menjadi lebih buruk berikutan amaran hujan lebat peringkat jingga dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini.

Banjir juga berkemungkinan akan merebak ke beberapa kawasan lain di utara Semenanjung memandangkan hujan lebat dijangka berterusan selama beberapa hari lagi.

Menurut kenyataan jabatan itu di sini hari ini, hujan sederhana dengan kadang- kala lebat dari semasa ke semasa akan berlaku di Kelantan dan Terengganu hingga ke waktu malam, Ahad ini.

“Antara daerah yang terbabit di Kelantan ialah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Jeli dan Kuala Krai.

“Terengganu pula melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu,” kata kenyataan itu.

Petikan Daripada http://utusan.com.my

**Hope umah kat kamgpung aku x ditenggelam air. Amin..

itor

Posts: 39
Join date: 2008-11-28

View user profile

Back to top Go down

Re: Amaran banjir buruk di Pantai Timur

Post  Nec on Mon 01 Dec 2008, 11:06 am

jaga2...kampung ko itor...
slalu2 la balik ganu tu..
jenguk2 orang tua ko kat sana tu..

Nec

Posts: 36
Join date: 2008-11-28
Age: 26
Location: Ampang (soon)

View user profile http://www.tendang.com.my

Back to top Go down

Re: Amaran banjir buruk di Pantai Timur

Post  tweet on Mon 01 Dec 2008, 11:20 am

Insyaallah tak...

tweet

Posts: 17
Join date: 2008-11-28

View user profile

Back to top Go down

Re: Amaran banjir buruk di Pantai Timur

Post  Nec on Mon 01 Dec 2008, 11:29 am

tweet wrote:Insyaallah tak...


harap2 tak la...
mari la kita doa banyak2 moga2 la tak di timpa musibah..
maklum la tiap kali ujung tahun bencana ni kerap sangat berlaku

Nec

Posts: 36
Join date: 2008-11-28
Age: 26
Location: Ampang (soon)

View user profile http://www.tendang.com.my

Back to top Go down

Re: Amaran banjir buruk di Pantai Timur

Post  tweet on Mon 01 Dec 2008, 11:34 am

Banjir di Terengganu semakin pulih
01/12/2008 11:09am


KUALA TERENGGANU 1 Dis. – Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih, terutama di Hulu Terengganu apabila semua pusat pemindahan banjir di daerah itu ditutup hari ini.

Kesemua baki sembilan orang mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Hulu Terengganu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, sehingga pukul 9 pagi ini seramai 292 orang masih berada di pusat pemindahan di tiga daerah di negeri ini.

Seramai 124 orang berada di pusat pemindahan di Besut, 143 orang di Marang dan 25 orang di Setiu, katanya ketika dihubungi di sini. – Bernama

flower

tweet

Posts: 17
Join date: 2008-11-28

View user profile

Back to top Go down

Re: Amaran banjir buruk di Pantai Timur

Post  itor on Mon 01 Dec 2008, 11:38 am

Marang umah aku.. Tapi umah aku tinggi.. Kg aku banjir pun.. umah aku insyaallah x ditengelami air..

itor

Posts: 39
Join date: 2008-11-28

View user profile

Back to top Go down

Re: Amaran banjir buruk di Pantai Timur

Post  Nec on Mon 01 Dec 2008, 11:47 am

itor wrote:Marang umah aku.. Tapi umah aku tinggi.. Kg aku banjir pun.. umah aku insyaallah x ditengelami air..


alhamdulillah la...

Nec

Posts: 36
Join date: 2008-11-28
Age: 26
Location: Ampang (soon)

View user profile http://www.tendang.com.my

Back to top Go down

Re: Amaran banjir buruk di Pantai Timur

Post  tweet on Tue 02 Dec 2008, 11:56 am

Banjir di Pantai Timur kemungkinan berterusan

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Jabatan Meteorologi memberi amaran kemungkinan berlaku banjir di Kelantan dan Terengganu berikutan hujan sederhana kadangkala lebat di kedua-dua negeri yang dijangka berterusan hingga malam ini.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, keadaan tersebut boleh menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan tebing-tebing sungai.

Menurut kenyataan itu, daerah yang terbabit di Kelantan ialah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang.

Di Terengganu, ia melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun.

"Pada masa sama, hujan sederhana kadangkala lebat juga dijangka turun di kawasan sama termasuk di Jeli, Kuala Krai dan Kemaman mulai 5 hingga 8 Disember ini," katanya.

Di Pahang, hujan lebat diramalkan berlaku di Jerantut, Kuantan, Maran, Bera, Rompin dan Pekan.

Jabatan Meteorologi turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebar berserta angin kencang yang dijangka berterusan di Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

tweet

Posts: 17
Join date: 2008-11-28

View user profile

Back to top Go down

Re: Amaran banjir buruk di Pantai Timur

Post  anti_itor on Thu 04 Dec 2008, 7:37 am

arul~jaga2.. blakang umah mung tuh ade sungai..hahah.....

anti_itor

Posts: 18
Join date: 2008-11-28
Age: 27
Location: Putrajaya da great

View user profile http://www.friendster.com/fadleee

Back to top Go down

Re: Amaran banjir buruk di Pantai Timur

Post  itor on Thu 04 Dec 2008, 11:13 am

anti_itor wrote:arul~jaga2.. blakang umah mung tuh ade sungai..hahah.....


Weh.. Merchang aku dengar banjir!!.. Umah aku x kena arr... Umah org2 beriman..

itor

Posts: 39
Join date: 2008-11-28

View user profile

Back to top Go down

Re: Amaran banjir buruk di Pantai Timur

Post  tweet on Thu 04 Dec 2008, 3:05 pm

Kuala Terengganu masih teruk, Marang hampir pulih
04/12/2008 10:23am


KUALA TERENGGANU 4 Dis — Keadaan banjir di Kuala Terengganu pagi ini masih teruk sementara di Marang hampir pulih sepenuhnya.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri berkata jumlah mangsa di kedua-dua daerah adalah seramai 1,715 orang, iaitu 1,685 di Kuala Terengganu dan 30 di Marang.


“Angka ini tidak banyak berbeza dengan angka sehingga petang semalam iaitu seramai 1,748 orang,” katanya ketika dihubungi.

Sembilan pusat pemindahan masih dibuka di Kuala Terengganu dan tiga di Marang.


Jurucakap itu berkata keadaan banjir di Marang dijangka pulih sepenuhnya pada bila-bila masa memandangkan hujan telah berhenti dan cuaca bergitu baik sejak semalam.


Beliau berkata 13 batang jalan yang ditutup kerana ditenggelami air sedalam antara 0.5 meter hingga 1.5 meter dua hari lepas kini telah dibuka semula.


Paras air di semua sungai utama di Terengganu dilaporkan berada dalam keadaan normal, kecuali sungai Setiu di Kampung Bukit Tinggi yang pada 8 pagi mencatat paras bacaan 12.35 meter berbanding para bahaya 12 meter. — Bernama sunny

tweet

Posts: 17
Join date: 2008-11-28

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum