Budu kini dijual dalam peket

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

Budu kini dijual dalam peket

Post  tweet on Wed 10 Dec 2008, 10:29 am

Budu kini dijual dalam peket
KOTA BHARU 9 Dis. - Seiring dengan perkembangan semasa, budu yang sebelum ini hanya boleh didapati dalam botol pelbagai saiz kini mengalami transformasi apabila dimasukkan dalam bentuk peket.

Budu cap Ketereh yang diusahakan oleh Mat Ismail Jusoh, 56, merupakan budu yang pertama di negara ini yang dimodenkan penampilannya apabila ia dibangunkan bersama Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).

Menurut Ismail, idea untuk memasarkan budu di dalam peket bermula apabila mendapati kebanyakan produk seperti kopi segera yang banyak dipasarkan sekarang lebih tampak moden dan ringkas apabila dipeketkan.

''Selain itu, budu yang disimpan dalam botol agak sukar dipasarkan ke negara luar seperti negara-negara jiran seperti Indonesia yang berminat kerana tidak boleh dibawa melalui kapal terbang.

''Melalui pembungkusan menggunakan teknik lebih canggih, saya berharap budu keluaran cap Ketereh mampu menembusi pasaran luar termasuk antarabangsa pada masa hadapan," katanya.

Tidak menafikan kerjasama SIRIM dan SMIDEC telah mengangkat budu keluarannya ke peringkat yang lebih dibanggakan dan memberi suntikan semangat baru kepadanya menghasilkan yang lebih baik pada masa akan datang.

''Saya berbangga dengan keluaran dalam peket kerana ia menunjukkan setapak lagi kemajuan dalam bidang perusahaan kampung yang diusahakan selama 28 tahun di sebuah kawasan pedalaman," katanya.

Walaupun terpaksa mengeluarkan kos lebih RM60,000 untuk membeli mesin bagi melicinkan budu dalam peket, Ismail berpuas hati dengan hasilnya malah tidak menafikan pada masa akan datang mungkin kesemua budunya dikeluarkan dalam bentuk peket.

''Sekiranya mendapat sambutan yang baik, secara berperingkat-peringkat budu dalam botol akan dikurangkan dan secara keseluruhan dikeluarkan dalam bentuk peket.

''Keluaran terbaru ini bukan sahaja tampak lebih moden, ringkas tetapi lebih bersih kerana setiap kali makan, pengguna boleh menghabiskan sebungkus untuk hidangan dua orang," katanya.

Pengusaha budu itu juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi pengedarnya dengan menghubungi talian 019-9885496

p/s: Senanglah lepas ni, kuranglah sikit pembaziran kalau tak habis...

tweet

Posts: 17
Join date: 2008-11-28

View user profile

Back to top Go down

Budu sinonim di Pantai Timur

Post  tweet on Wed 10 Dec 2008, 10:34 am

KOTA BHARU 9 Dis. - Budu sinonim dengan masyarakat di Pantai Timur terutama di Kelantan dan Terengganu seperti juga cencaluk dan belacan yang terkenal di Melaka sebagai makanan warisan Melayu yang mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dijadikan perisa atau menambah keenakan dalam hidangan nasi, budu enak dicicah ulam-ulaman seperti pucuk gajus, kacang botol atau petai rebus. Ia merupakan makanan sampingan yang mampu mengecurkan liur si penggemarnya walaupun hanya mendengar cerita keenakannya.

Hampir setiap penduduk di kedua-dua buah negeri ini mengenali budu malah tidak keterlaluan jika dikatakan hampir setiap keluarga mempunyai sebotol di rumah.

Dakwa seorang penduduk tempatan Mek Na Zahari, 33, yang membesar dengan budu, hidangkan nasi panas-panas dengan seekor ikan tawar (rebus) bersama sepiring budu yang diperah limau nipis dan cili padi, ia bukan sahaja membuka selera tetapi nasi pasti bertambah.

Kedudukan negeri ini di persisiran pantai mungkin salah satu faktor yang menyebabkan sumber asas budu iaitu ikan bilis lebih mudah diperoleh yang menyebabkan kebanyakan pengusahanya lahir di sini.

Pada pandangan sesetengah orang, budu mungkin dianggap makanan yang lekeh dan pastinya bukan makanan mewah namun kematangan dan keterbukaan fikiran masyarakat hari ini telah menyaksikan, budu dihidangkan di restoran mewah dan hotel bertaraf lima bintang terutama dalam promosi hidangan masakan tradisional Melayu.

Salah seorang pengusaha membuat budu di Geting, Tumpat, Kelantan, Mat Ismail Jusoh, 56, mengakui permintaan terhadap budu tidak pernah putus sejak dia mengusahakan pada tahun 1978 yang membuktikan walaupun sekadar makanan sampingan, ia mampu dijadikan punca pendapatan sekeluarga.

Seringkas cara pembuatan budu yang hanya mengunakan ikan bilis, garam dan gula, begitu juga penampilan Ismail yang telah mengusahakan budu sejak 28 tahun yang lalu.

Sering memakai kain pelikat namun memandu kereta mewah Mercedes-Benz dan mempunyai 40 pekerja di kilang jelas menggambarkan kejayaan anak kampung mengangkat perusahaan tradisional ke peringkat yang lebih dibanggakan.

Mengusahakan syarikatnya Perusahaan Warisan Ketereh dan menjual budu cap Ketereh, seperti kebanyakan pembuat budu di Kelantan yang bermula secara kecil-kecilan di belakang rumah, Ismail membelanjakan RM1,500 sebagai modal pusingan.

''Mula-mula melibatkan diri dalam perniagaan ini ramai pesaing namun saya teruskan tekad dan membiasakan diri dalam bidang pembuatan budu yang saya cipta sendiri resipinya berdasarkan pengalaman.

''Pernah budu yang saya peram selama berbulan-bulan tidak dapat dijual kerana busuk dan terpaksa mengalami kerugian, namun saya tidak berputus asa dan mencari puncanya.

''Selepas bertahun-tahun mengusahakannya dan semakin mendapat sambutan pembeli, saya dapati budu yang baik bergantung pada kualiti ikan bilis yang dibekalkan," katanya.

Menurutnya, tempoh proses membuat budu dibahagi dua dalam setahun kerana bermula dari bulan Jun hingga November, ia merupakan musim ikan bilis.

''Dalam tempoh tersebut, kerja-kerja pembersihan dan pengasingan ikan bilis dilakukan pekerja di bahagian pelantar kilang yang dibina di tebing sungai sebelum diangkut menggunakan tren.

''Ikan bilis itu disimpan dalam tong-tong besar, digaul garam dan diperam selama enam bulan," katanya.

Tambah Ismail, bermula bulan Disember hingga Mei pula adalah kerja-kerja memasak, menapis dan membotolkan budu dijalankan.

Bagaimanapun sebagai pengusaha yang lebih suku abad berkecimpung dalam bidang pembuatan budu, Ismail mempunyai bekalan ikan bilis yang mencukupi untuk diproses sebagai budu setiap hari.

Berhampiran kawasan kilang memproses yang didirikan di atas tanah seluas 0.8 hektar, dia memiliki 250 tong ikan bilis yang setiap satu memuatkan berat lima tan bilis yang diperam selama enam hingga setahun sebelum diproses menjadi budu mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Katanya, jika di peringkat permulaan berniaga budu, dia hanya memerlukan 200 kilogram bilis sehari untuk dibersih dan diperam tetapi sekarang sebanyak 2,000 kilogram bilis sehari diperlukan.

Ismail memperoleh bekalan daripada nelayan yang menjadi pelanggan tetapnya di samping mempunyai bot sendiri khusus mencari bilis di tengah lautan.

Menceritakan mengenai proses pembuatan budu, selepas diperam ia akan dimasukkan ke dalam periuk besar untuk dimasak menggunakan wap melalui boiler.

Menurut Ismail sejak setahun lalu, dia membeli alat pemanas itu dengan harga RM18,000 dan mengupah seorang juru teknik untuk mengendalikannya yang mampu mengeluarkan 1,200 dozen budu sehari.

''Selepas budu dimasak, ia ditapis dan disejukkan beberapa jam sebelum dibotolkan dengan menggunakan separuh teknologi mesin dan separuh manusia. Buat masa ini saya menawarkan budu dalam botol seberat 340 mililiter dan 200 mililiter untuk dipasarkan," katanya.

Selepas berpengalaman memasarkan budu di kawasan berhampiran, Ismail berjaya menerokai perniagaan hingga ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak apabila beberapa pengedarnya membawa budu keluaran kilangnya ke sana.

Buat masa ini katanya, selain pekerja yang terdiri daripada penduduk berhampiran, empat daripada lapan anaknya hasil perkahwinan dengan Kamariah Hussein, 45, turut melibatkan diri dalam perniagaan budu.

p/s: Untung jugak eh kalau buat bisnes budu ni!!! Shocked

tweet

Posts: 17
Join date: 2008-11-28

View user profile

Back to top Go down

Re: Budu kini dijual dalam peket

Post  Nec on Wed 10 Dec 2008, 11:10 am

aper lagi...jom la buat budu online..
ahaks...kini tempah boleh dibuat di www.buduonline.com.my
hahahahaha

mana tau silap2 sampai ke oversea lakunya tu...

Nec

Posts: 36
Join date: 2008-11-28
Age: 26
Location: Ampang (soon)

View user profile http://www.tendang.com.my

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum