Cuma 18 dari 2,360 hotel ada sijil halal

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

Cuma 18 dari 2,360 hotel ada sijil halal

Post  tweet on Wed 10 Dec 2008, 10:24 am

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Umat Islam diminta berhati-hati ketika makan di hotel di negara ini kerana kini hanya terdapat 18 daripada 2,360 buah yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (gambar) berkata, sebanyak 31 buah lagi sedang dalam proses untuk kelulusan, empat permohonan baru, 64 dalam proses melengkapkan borang dan tiga telah tamat tempoh dan sedang memperbaharui sijil halal.

‘‘Bagaimanapun, jumlah ini tidak termasuk hotel yang mendapat sijil halal daripada majlis dan jabatan agama Islam negeri,” katanya ketika menjawab soalan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Mashitah, antara faktor menyebabkan banyak hotel tidak memohon sijil itu ialah kerana mereka enggan melakukan pengubahsuaian bagi memisahkan antara dapur makanan halal dengan yang haram.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com

p/s: Reality or Rumours????? affraid

tweet

Posts: 17
Join date: 2008-11-28

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum